Episod Detik Tragik

No.TajukTarikh bencanaBencanaPenjelasan
1"Debu Mutiara"31 Julai 1988Keruntuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul HalimPangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Insiden itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.
2"Lod Garaj: Amukan Gunung"29 Ogos 1996Banjir lumpur Pos DipangTragedi banjir lumpur Pos Dipang berlaku pada 29 Ogos 1996, jam 6 petang di Perkampungan Penempatan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak. Kejadian ini berlaku dua hari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-39. 44 orang telah terkorban dalam kejadian ini manakala lima lagi masih hilang.
3"Syuhada Pondok Pak Ya"22 September 1989Kebakaran Madrasah Kedah 1989Tragedi kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau "Pondok Pak Ya" berlaku pada 22 September 1989 apabila asrama perempuan, atau Madrasah, di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau "Pondok Pak Ya" di Guar Chempedak, Kedah, Malaysia telah musnah dijilat api. Kira-kira 27 orang pelajar termasuk kanak-kanak perempuan sekolah terbunuh. Insiden ini juga dikenali sebagai Tragedi Pondok Pak Ya oleh media tempatan.
4"Api Terminal"6 April 1992Kebakaran Lapangan Terbang Subang 1992Tragedi kebakaran Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) di Subang, Selangor yang meragut tiga nyawa ketika suasana sambutan Aidilfitri.
5"Hiroshima Sungai Buloh"7 Mei 1991Tragedi letupan kilang mercun Bright SparklersPada 7 Mei 1991, Kilang mercun Bright Sparklers dipercayai terbakar dan menghasilkan letupan gergasi yang boleh didengari sejauh 7 km daripada tempat kejadian. Sejumlah 26 mangsa telah terkorban dan sebanyak 83 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini. Letupan ini telah meranapkan sebanyak 200 kediaman penduduk di sekitar kilang tersebut serta tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga bandar Seri Menjalara dan Selayang pecah.
6"Bayu Greg"24 Disember 1996Ribut Tropika GregRibut Tropika Greg (kod JTWC: 43W) merupakan siklon tropika terakhir yang terbentuk dalam musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 1996. Dikesan mula terbentuk daripada lekukan tropika di Laut China Selatan pada 24 Disember 2.00 petang (waktu Malaysia), ribut ini membadai Sabah pada 26 Disember, dengan korban 238 nyawa, manakala 102 orang lagi dilaporkan hilang. Ribut ini juga mengakibatkan kemusnahan harta yang besar di negeri Sabah. Ribut telah melenyap pada 28 Disember di Laut Sulawesi. Bencana ini merupakan antara bencana yang terburuk dalam sejarah negara.
7"Pusara di Lebuhraya"6 Januari 1996Tanah runtuh Lebuh Raya Utara-SelatanKejadian tanah runtuh yang menggemparkan penduduk Malaysia pada ketika itu berlaku di lereng bukit kilometer yang ke 303.8 di lebuh raya utara selatan. Ia terletak betul-betul di dalam kawasan Gua Tempurung dan berdekatan dengan hentian rehat Gua Tempurung.
8"Tsunami Terowong Karak"30 Jun 1995Tanah runtuh Terowong Karak-Genting SempahPada 30 Jun 1995, tanah runtuh berlaku kira-kira 200 meter dari persimpangan Karak di jalan susur menghala ke Genting Highlands semasa hujan lebat. Pelbagai kenderaan terbabit menyebabkan 21 orang terbunuh dan 23 orang cedera.
9"Langit Berdarah"4 Disember 1977Penerbangan 653 Malaysia AirlinesPenerbangan 653 Malaysia Airlines dirampas dan terhempas di Tanjung Kupang, Johor, membunuh 100 orang. Ia merupakan kemalangan yang pertama dan paling membawa maut untuk Malaysia Airlines, dengan kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta.
10"Laluan Maut"21 Ogos 2013Tragedi kemalangan bas Genting HighlandsNahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. Seramai 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang. Bas dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.